PEJUANG HAKIKI, HAMBA ILAHI

My photo
.SEKADAR INSAN BIASA YANG INGIN MENULIS..SETIAP PATAH KATA ADALAH HASIL NUKILAN HATI.. NUKILAN YANG INDAH:.. "...setiap manusia mempunyai kebaikan dan keburukan mahupun kekuatan dan kelemahan tersendiri...fitrah manusia itu sendiri mempunyai akal yang diberi Allah SWT untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Maka, hargailah nikmat yang diberi dan gunakanlah dengan sebaiknya..."

SELAMAT DATANG

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Di kesempatan ini, saya ingin mngucapkan Selamat hari Guru kpd smua yg mngenali sy trutmanya warga SK Taman Setiawangsa, SRA Taman Keramat, SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan khasnya warga pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu KL..smoga Allah SWT sntiasa mrahmati dan mmbrkati kita...Amin.

Tuesday, June 22, 2010

PENDIDIKAN : sepanjang hayat atau tidak????















Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat adalah konsep yang sememangnya wujud dalam budaya pribumi. Agama Islam sendiri menggalakkan setiap umatnya menuntut ilmu sepanjang hayat. Semua agama dan budaya di dunia menggalakkan pendidikan sepanjang hayat. Meskipun konsep ini mendapat galakan dalam budaya, sehingga sekarang ini, tidak ada usaha sistematik dan berterusan serta berkesan menggubal dasar, menwujudkan institusi, menawarkan program berkaitan pendidikan sepanjang hayat kepada warga Negara Malaysia.

Terdapat dua konsep kembar Pendidikan Sepanjang Hayat. Pertama ialah pendidikan itu adalah proses sepanjang usia dari lahir hinggalah ke liang lahat. Kedua adalah pendidikan itu adalah proses seluas hidup, merentasi kehidupan dan merangkumi konteks pendidikan formal, tak formal dan informal.Pendidikan berterusan sebagai sebahagian sentuhan konsep pendidikan sepanjang hayat bermaksud peluang untuk mendapat dan meneruskan pendidikan setiap penduduk tanpa mengira tahap umur. Dengan lain perkataan, setiap individu tanpa mengira batas usia masih disediakan peluang yang sewajarnya untuk menyambung pendidikan khususnya selepas tamat mengikuti pendidikan wajib selama sembilan atau 11 tahun seperti apa yang terkandung dalam sistem pendidikan sekarang.

Dalam ledakan teknologi maklumat dan pendidikan tanpa sempadan membolehkan semua maklumat diperolehi hanya dihujung jari sahaja. Sumber maklumat dan ilmu pengetahuan mengalir seperti air yang melimpah ruah. Desakan meningkatkan ilmu pengetahuan dikalangan guru amat diperlukan bagi membolehkan guru mengejar arus pendidikan bertaraf dunia dan tidak ketinggalan jauh ke belakang.
Dalam perkembangan yang berkaitan, adalah didapati bahawa dari segi pendekatan dan pelaksanaan meningkatkan tahap professional guru pendemokrasian dari sudut peluang untuk pendidikan berterusan pada masa kini adalah semakin baik malah jauh lebih baik berbanding perkembangannya sedekad yang lalu. Contohnya, hari ini pendidikan jarak jauh semakin diperluaskan dan menjadi sesuatu yang agak lumrah. Hari ini sudah kedengaran pendidikan jarak jauh untuk peringkat ijazah sarjana. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini adalah diharapkan pendidikan jarak jauh yang mempunyai ciri istimewa dari segi kelonggaran masa dapat dijadikan wadah dalam menyediakan peluang untuk pendidikan berterusan khususnya bagi kalangan guru yang sudah bekerja tetapi masih berminat dan berkemampuan untuk meneruskan pelajaran demi untuk meningkatkan taraf profesionalisme mereka.

Tuntutan sosial kepada kaum guru bagi mencapai satu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang hendaklah dilihat secara positif. Seluruh warga pendidikan harus bersedia menyahut cabaran ke arah pendidikan sepanjang hayat. Keperluan ilmu yang mendesak memaksa semua guru memainkan peranan aktif dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan melalui latihan berterusan, budaya meneroka ilmu, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap proaktf dalam menyahut seruan kerajaan agar ilmu itu dikongsikan kepada semua masyarakat tanpa mengira umur dan taraf pendidikan.

Untuk menjayakan pendidikan sepanjang hayat, semua guru perlu mengembleng tenaga membina budaya Pendidikan Sepanjang Hayat. Budaya ini dapat dibina melalui pelbagai peluang pembelajaran melalui program dan kursus yang ditawarkan seperti menggunakan teknologi maklumat dan internet sebagai satu opysen yang membuka peluang yang luas tidak kira latar belakang sosio ekonomi dan jantina. Pembelajaran boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja, program latihan khas, pembelajaran just in time dan pembelajaran di sekolah. Semua ini menjadikan suatu kelaziman dalam menwujudkan budaya Pendidikan Sepanjang Hayat.

ANTARA PEMERINTAH DAN YANG DIPERINTAH

acapkali pilihan raya berlangsung..kita pasti akan dengar atau lihat berita atau khabar2 tentang politik..contohnya pembangunan dan macam2 lg..namun sedar atau tidak, perkara ini seolah-olah menjadi "BUDAYA POLITIK" baik pihak BN atau PR..nmun yang pasti, rakyat yang merana..tahukah anda..tidak kira apa jua fahaman politik anda, anda layak menerima segala kemudahan kerana segala yang ada adalah hak rakyat..bukannya kerajaan...oleh itu, gunakanlah hak anda sewajarnya...bagi ahli2 politik pula..kami rakyat bukannya barang permainan; bila hendak diguna, bila tidak dibuang..sedarlah....anda adalah wakil kepada suara rakyat..baik BN atau PR..sedarlah...jangan datang kepada rakyat apabila pilihan raya; tapi dekatilah kami pada setiap masa kerana anda semualah suara kami....


"....tegaknya pemerintah kerana rakyat, jatuhnya pemerintah juga kerana rakyat..."